Dilea Live Class Matematik Tingkatan 4

12 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2025, telah diadakan Dilea Live Class untuk subjek matematik tingkatan 4 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Tuisyen Dilea ini dijalankan secara atas talian untuk pelajar tingkatan 4 yang dipilih oleh pihak Dilea. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar dan membuat latihan matematik bersama guru Dilea. Selain itu juga, terdapat sesi soal jawab antara pelajar dan guru berkaitan topik pembelajaran tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali